BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MEREKA YANG T.E.G.A.R

Glitter Graphics

Saturday, June 27, 2009

NILAI KETULUSAN SEBUAH PERSAHABATAN

SALAM...hye..agknyew da 2 arie k0wt ako0 MC writing diz bl0g..hehhe..quite bz la cyg..heheh..jap2..bz??..pe yg ako0 uat smpai bz cmt0r ek??..hahah..hnye d0k kt umah n jnjln jew..hahah..ntah la..mayb n0t in m00d t0k write sumting in this white b0x..hahha..nwae..i've sumting t0 share wif u guys..f0und it sumwhere in da web..hahha...tj0wk dye..



NILAI KETULUSAN SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri. Tetapi
dalam kita bersendirian kita beruntung. Kerana apa? Mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia
tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri seribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Terfikirkah kita
waktu itu tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi
kita sering terlupa.

Untungnya
mempunyai sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu
kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan
ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang
diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita untuk
dikongsi bersama. Pernahkah kita memberikan peluang untuk dia berkongsi rasa
bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita
mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber
kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiapkali kita rasa kecewa dan
menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita ini boleh dipercayai,
boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Sesekali jadilah
sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan sahabat. Kerana dia juga seorang manusia, yang punya rasa
takut, bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita sering melihat
dia ketawa tetapi mungkin didalamnya dia menangis. Dia mungkin kelihatan ceria
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik
senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik
kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi,
belajarlah untuk memahami dan menjadi seorang sahabat yang mampu membuatkan
seorang sahabatnya tersenyum dalam kesedihan.


urm..m0ral dye kt cni..
kwn bkn hnye utk mnjdi pendengar setia kitew..dye juga merupakan seorg pencerita spt kitew..dun xpect dye jew t0k dgr ctew kitew..kitew gak kne gak dgr sume pw0b 0r ctew dye..saling bantu membantu n tl0nk mn0l0ng diantare satu same len..

hargailah persahabatan yg terjalin kerana mgkin satu hari nanti anda akan menyesal deangan tindakan b0d0 anda utk mmutuskan persahabatan 0ley 1 pergaduhan kecil sahaja....

SEKIAN...WSALAM..

P/S: hubungilah rakan anda yg sudah lama tidak anda bertanya khabar ttg nya...kerana mgkin dia mlo0 utk mnceritakan masalahnya kepada anda..n a gud fwenz sh0uld 0lwez asked dat t0wards their gudfwenz..

0 p0kpekp0kpek: